SK LEPAR UTARA SATU,
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR

                                       Latar Belakang

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara Satu telah dibuka pada hari Isnin, 25 Februari 1985 di tanah seluas 8 ekar dan terletak di bawah pengawasan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan kemudian mulai 1 Januari 2005 dipindahkan pengawasannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mengandungi 2 blok bangunan, 1 kantin, 1 surau dan 22 unit rumah guru. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini tinggal dengan menyewa rumah kakitangan Felda dan Kilang Sawit selain tinggal di rumah guru. Sekolah ini terletak di pedalaman dan di kelilingi oleh Gugusan Felda Lepar Utara 1,2,4 dan Felda Plantation 5, 10, 13 dan 14. Jarak dari sekolah dan PPD Kuantan ialah sejauh 221 km manakala PPD Jerantut ialah 98 km. Sementara itu jarak ke JPN Pahang pula sejauh 227 km yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta melalui Bandar Jengka, Maran dan seterusnya ke Kuantan. Mulai Januari 2006 SK Lepar Utara Satu telah dipindahkan ke Zon Gelanggi di bawah pentadbiran PPD Jerantut.           

            Murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak peneroka, buruh ladang, kakitangan Felda dan Kilang Sawit Lepar Utara 4, guru-guru dan anggota polis. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Pejabat Felda Lepar Utara 1. Pada masa itu keadaan sekolah adalah dalam serba kekurangan di mana tiada kemudahan asas seperti air,  elektrik dan jalan perhubungan yang teruk. Melalui daya usaha penduduk serta guru, mereka telah bergotong-royong membina kerusi dan meja panjang untuk kegunaan murid-murid. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada bulan Julai 1985 di mana sekolah telah menerima bekalan perabot daripada JPNP. Bermula dengan 87 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan seramai 7 orang guru termasuk seorang Guru Besar, sekolah telah beroperasi walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Bilangan murid dan kakitangan telah bertambah dari setahun ke setahun hinggalah ke hari ini di mana jumlah murid ialah seramai 752 orang, 45 orang guru termasuk Guru Besar, 2 orang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, 4 orang Pekerja Rendah Awam dan 2 orang Pengawal Keselamatan. 

            SK. (LKTP) Lepar Utara Satu telah berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang pada 5 Oktober 1988. Dengan kemudahan yang bertambah proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat dijalankan dengan lebih sempurna begitu juga dengan aktiviti luar bilik darjah. Pada tahun itu juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Dengan adanya PIBG kerjasama yang sedia ada telah terjalin dengan lebig erat lagi. Pada 16 Mac 1989 sekolah ini telah dinaikkan gred dari gred C ke gred A. Sesuai dengan kenaikan gred sekolah ini dapat beroperasi dengan lebih baik dan sempurna. 

            Aktiviti ko-kurikulum juga berjalan dengan lancar di mana Sukan Tahunan kali Pertama dapat diadakan pada tahun 1988. Sungguhpun jauh di pedalaman sekolah ini telah berjaya melahirkan atlet yang berwibawa di mana pada tahun 1994 dan 1998 seorang pelajar telah mewakili negeri Pahang dalam sukan olahraga. Pada tahun 1998 seorang lagi pelajar telah mewakili negeri dalam sukan bola sepak. Kemudian pada tahun ini seorang pelajar terpilih mewakili negeri dalam sukan bola tampar perempuan. Dalam bidang akademik pula pencapaian terbaik sekolah dalam UPSR ialah pada tahun 2002 di mana seramai 8 orang pelajar telah mendapat 5A, dan peratus kelulusan tertinggi setakat ini ialah pada tahun 2005 iaitu 56.6%. Adalah diharapkan agar segala pencapaian dari sekolah ini dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Pada masa ini sekolah dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi untuk murid-murid tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang pula melibatkan murid-murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3.  

 
GURU BESAR TERDAHULU

1. EN. AB. HADI BIN ISMAIL 1985-1988
2. EN. ZULKIFLI BIN JUSOH 1988-1989
3. TN. HJ MOHAMAD ANUAR BIN MAT YUNUS 1989-1993
4. EN. ABDUL WAHAB BIN ISMAIL 1993-1994
5. EN. MD. ISA BIN NGAH 1994-1995
6. EN. ABDUL RAHMAN BIN ALI 1995-2000
7. EN. JASNI BIN SAAD 2000-2002
8. EN. KAMARUZAMAN BIN RAMLI 2002-2004
9. EN. MOHAMAD MAHANI BIN SAIRI 2004-2005
10. EN. JAMALUDDIN BIN AHMAD 2005-2006
11. EN. MOHD NOR BIN TAN (2006- SEKARANG)
 
 
LENCANA SEKOLAH

Buku – Lambang ilmu

Obor – melambangkan semangat membara murid untuk berjaya

Kayu hoki dan Bola – melambangkan kecemerlangan dalam bidang sukan sekolah ini

Berilmu Berjasa – moto dan ikrar murid untuk menjadi seorang yang berilmu dan berjasa kepada diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

4 bulatan – lambang perpaduan, mewakili bangsa melayu, cina, india dan lain-lain. Ia juga mewakili 4 rumah sukan.

Nama sekolah dalam warna putih dan hitam adalah warna rasmi negeri Pahang

Latar belakang warna oren adalah melambangkan keunggulan dan kejayaan / warna rasmi Felda

LAGU SEKOLAH

BERILMU BERJASA

SKLU 1 penggerak ilmu

Bakti dicurah penuh harapan

Berilmu Berjasa itu wawasan kita

Usaha gigih capai cita

Berjasa Agama juga bangsa

Hidup sejahtera akhlak mulia

Bersopan-santun itu amalan kita

Janji kami murid yang setia

Hormatilah guru-guru

Ibu bapa semua

Julang tinggi

Oh nama mu

SKLU 1 berjasa

IKRAR MURID

 

Bahawa kami murid-murid

Sekolah Kebangsaan Lepar Utara Satu

Berikrar dan berjanji

Akan menjaga nama baik sekolah kami

Dengan belajar bersungguh-sungguh

Berkelakuan baik, tolong-menolong dan

Memberi kerjasama sepenuhnya

Kepada guru-guru kami

Berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

                              BANGUNAN DAN KEMUDAHAN FIZIKAL

SK.Lepar Utara 1 merupakan sebuah sekolah yang dilengkapi dengan kemudahan fizikal seperti berikut :-

BIL

BILIK

JUMLAH

1.

Bilik darjah

19 buah

2

Makmal sains

1 buah

3

Makmal Komputer

2 buah

4

Bengkel kemahiran hidup

1 buah

5

Pusat sumber/perpustakaan

1 buah

6

Bilik Tayangan

1 buah

7

Bilik Pejabat

1 buah

8

Bilik guru

1 buah

9

Bilik muzik

1 buah

10

Bilik gerakan

1 buah

11

Bilik buku teks

1 buah

12

Bilik Bimbingan dan Kaunseling

1 buah

13

Bilik cetak

1 buah

14

Kantin

1 buah

15

Bilik Kesihatan

Tiada

16

Surau

1 buah ( berasingan)

17

Stor sukan

1 buah

18

Bilik Pemulihan

1 buah

19

Bilik Pra Sekolah

2 buah

20

Bilik Akses

1 buah

21

Tandas guru lelaki

1 buah

22

Tandas guru wanita

1 buah

23

Tandas muris lelaki

1 buah

24

Tandas murid perempuan

1 buah

25

Kedai buku PIBG

1 buah

26

Pondok Pengawal

1 buah

27

 

 

28

 

 

29

 

 

30

 

 

                         TERIMA KASIH CIKGU JASAMU DIKENANG

BIL

NAMA

TARIKH LAPOR DIRI

STATUS

1

AB. HADI BIN ISMAIL (GB)

16.2.1985

BERTUKAR

2

MOHD ISA BIN HASSAN

25.2.1985

BERTUKAR

3

IBNIRISKAN BIN HJ. MOHD ISA

25.2.1985

BERTUKAR

4

MOHD ALIAS BIN YUSOF (GPK)

25.2.1985

BERTUKAR

5

LAIDI BIN SHARA

25.1.1985

BERTUKAR

6

MASLAN BIN MAT NOR (G.KANAN)

25.1.1985

BERTUKAR

7

KAMAL BIN MEHAD

13.1.1988

BERTUKAR

8

JALALUDDIN BIN HASSAN (GSTT)

26.1.1985

SAMBUNG BLJR

9

HABIBAH BT. AB. HAMID (GSTT)

12.8.1985

 

10

YM TENGKU MOKHTAR BIN TENGKU ZAINAL

06.1.1986

BERTUKAR

11

WAN ABD. SALAM BIN WAN ABD. GHANI

06.1.1986

BERTUKAR

12

ISMAIL BIN CHE HARUN

06.1.1986

BERTUKAR

13

MOHD ASRI BIN YUSOFF

06.1.1986

BERTUKAR

14

WAN ROHAYAH BT. WAN HUSSAIN (GSTT)

03.2.1986

 

15

CHE ROKIAH BT ABDULLAH (GSTT)

05.2.1986

SAMBUNG BLJR

16

YUSOFF BIN HASSAN

05.1.1987

BERTUKAR

17

HASSAN BIN MAASUM (P.PTG)

05.1.1987

BERTUKAR

18

MAZELAN BIN OSMAN

05.1.1987

BERTUKAR

19

NADARAJAH A/L GORINDASAMI

05.1.1987

BERTUKAR

20

MOHAMAD LOKMAN BIN MAT LAZIM (GSTT)

19.1.1987

BERTUKAR

21

TUAN ZUN BIN TUAN LEMBUT (GSTT)

02.2.1987

BERTUKAR

22

MOHD YUSOF BIN ABDUL RASHID (GSTT)

04.2.1987

BERTUKAR

23

ZULKIFLI BIN JUSOH (GB)

13.1.1988

BERTUKAR

24

ROSNA BT. MAHAD

13.1.1988

BERTUKAR

25

HASSAN BIN AHMAD

29.6.1988

BERTUKAR

26

MOHD ZAIN BIN MUSTAPA

04.7.1988

BERTUKAR

27

HJ. MOHD ANNUAR BIN MAT YUNUS (GB)

04.3.1989

BERTUKAR

28

RADIN M. AZMAN B. RADIN YUSOFF (GPK-KO)

05.3.1989

BERTUKAR

29

AHMAT BIN BAKAR (GPK-HEM)

06.3.1989

BERTUKAR