SK LEPAR UTARA SATU,
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR

                                       Kata-kata Aluan GPK Ko-Kurikulum

 

Saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Pegawai Pelajaran Daerah dan Tuan Guru Besar sekolah ini kerana diberi kepercayaan menjalankan tugas sebagai PK. Ko-Kurikulum di sekolah ini sejak 16 Mac 2012 hingga ke tarikh ini. 

          Pengalaman yang ada disamping tunjuk ajar yang berterusan dari pihak JPNP, PPD Jerantut dan Guru Besar serta sokongan yang padu dari warga SKLU 01  dapat membantu saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih yakin dan insyaAllah akan berjaya.

          Melalui kerjasama yang padu dari Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, staf sokongan dan murid-murid, saya percaya bahawa pengurusan Ko-Kurikulum sekolah ini akan berada pada tahap yang baik dan terus meningkat pada sesi 2012 ini dan akan datang.

          Dengan adanya kesepaduan semua pihak, saya menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi, bahawa Unit Ko-Kurikulum sekolah ini dapat membantu  Unit Kurikulum dan HEM dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sekian terima kasih.

 

NOR AZMAN BIN ISMAIL

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

SK (LKTP) Lepar Utara 01.