SK LEPAR UTARA SATU,
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA,
PAHANG DARUL MAKMUR

INDAHNYA LEPAR UTARA

Penghujung tahun 1984, ketika itu peneroka baru berhijrah dari kampung halaman masing-masing ke Lepar Utara 1. Ada yang membawa semua ahli keluarga, ada juga yang meninggalkan anak mereka yang sudah bersekolah di kampung. Selama 2 minggu anak-anak peneroka ini tidak dapat bersekolah kerana di Lepar Utara 1 ini masih belum ada sekolah lagi. Guru lagilah tiada. Minggu ke tiga ada lebih kurang belasan murid sekolah rendah diangkut menggunakan Land Rover Felda ke Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi 2 yang letaknya kira-kira 50 kilometer dari sini. Murid-murid bertolak seawal jam 6.00 pagi melalui jalan tanah merah (jalan balak) yang berdebu ketika panas dan berselut ketika hujan dan sampai kira-kira jam 9.00 pagi di sekolah.

Awal tahun 1985, dengan inisiatif Pengurus Rancangan dan ketua-ketua penduduk setempat sepakat untuk menubuhkan satu sekolah di Lepar Utara ini. Memandangkan ramai peneroka telah berhijrah ke sini dan pertambahan ramai anak-anak peneroka yang bersekolah. Pengangkutan juga menjadi satu masalah kerana keadaan jalan yang sangat teruk hingga ada kalanya tersangkut di tengah perjalanan dan murid tidak sampai ke sekolahpun.

Tanggal  7 Januari 1985 (Isnin) murid-murid mula bersekolah di Pejabat Felda (Pejabat JKKR sekarang). Guru-guru yang mengajar adalah terdiri daripada Pengurus Rancangan dan di kalangan peneroka sendiri. Kelengkapan perabot diuruskan sendiri oleh Pengurus Rancangan dan dibawa daripada rancangan Felda sekitar. Ada juga kelengkapan yang dibina hasil gotong-royong penduduk setampat. 16 Februari 1985, seorang guru En. Ab. Hadi Bin Ismail telah melaporkan diri untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar. 

 25 Februari 1985 dengan rasminya Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara Satu beroperasi dengan guru-guru yang telah dihantar oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan sekolah masih lagi di Pejabat Felda. Dari setahun ke setahun murid semakin bertambah sehingga pihak pengurusan Felda menjadikan stor baja sebagai bilik darjah (Pejabat Felda sekarang). Pejabat Felda pula berpindah ke Bangunan Tadika di atas bukit untuk memberi ruang belajar kepada murid.

 

 

Dulu masa mula-mula sekolah dibuka, tidak ada rumah guru di Lepar Utara ini. Ada guru-guru yang tinggal di rumah kosong peneroka, menyewa di perumahan kilang sawit dan juga rumah kakitangan Felda. Selepas sekolah dibuka keadaan ini masih lagi berlaku kerana perumahan yang disediakan tidak dapat menampung jumlah guru yang ramai. Pada ketika itu hanya ada 6 unit rumah guru di belakang sekolah. Antara rumah-rumah yang pernah didiami guru....

Masa Itu Emas

Lepar Utara 1


Program Terkini

No upcoming events

Forum Perbincangan

No recent posts

Potret Kejayaan

Pautan Laman Web




Facebook



Tukang Kira

Send to a friend

Share on Facebook

Share on Facebook

Post & Promote (digg, etc.)